Saturday, October 13, 2012

Anda tidak dapat melayari website yang menggunakan HTTPS atau SSL?



Tidak boleh melayari website HTTPS

Ada beberapa orang yang bertanyakan masalah ini dan kini mereka sudah berjaya dan boleh melayari semula website yang menggunakan HTTPS atau SSL ini.
Jika anda adalah salah seorang pengguna yang mengalami masalah yang sama seperti diatas, disini saya kongsikan beberapa cara yang mungkin boleh membantu anda.

1. Clear Cookies Browser.
Anda boleh mencuba untuk clear cookies broser yang anda gunakan. Cara ini adalah cara paling ringkas dan sekiranya cara ini tidak dapat membantu, anda cuba cara kedua.

2. Semak setting Tarikh Komputer anda.
Mungkin anda sudah tersalah setting pada tarikh di komputer yang anda gunakan. Cuba anda semak semula setting tersebut & sekiranya ianya salah, anda perlu betulkan mengikut waktu yang sebenar. Ini kerana website yang menggunakan SSL Certificate ini mempunyai tempoh sah selama satu tahun. Sekiranya komputer anda berada diluar tempoh tersebut, maka anda tidak boleh access ke website HTTPS ini.

3. Sekiranya 2 cara ringkas diatas tidak berjaya, anda cuba beberapa cara lagi yang sudah dikongsikan didalam Forum-forum lain. Dibawah ini saya senaraikan beberapa forum yang membincangkan topik yang berkaitan.

Sekiranya masih tidak berjaya, anda boleh meninggalkan komen. Saya akan cuba mencari cara penyelesaian yang terbaik untuk anda.

No comments:

Post a Comment