Sejarah Kenanga It Services (KiTs)



Kenanga It ditubuhkan kerana memenuhi permintaan penduduk setempat yang dahagakan ilmu ICT dan juga bagi memberikan perkhidmatan servis komputer kepada penduduk di sekitar Bukit Beruntung,Bukit Sentosa,Rawang,Serendah,Kula Kubu Bharu khasnya dan sekitar Lembah Klang umumnya.

Pada mulanya Kenanga It beroperasi di Blok No 5,Tkt Bawah blok E,Apartment Kenanga bermula awal Januari 2009 lagi.Di atas sebab-sebab tertentu Kenanga it kini berpindah ke premis yang baru.

Kini Kenanga It Services beroperasi di Lot Kedai No 18,Ground floor,Apartment Dahlia,Jln Bunga Raya 1,Taman Bunga Raya ,Bukit Beruntung ,Selangor.Sejak beroperasi bermula Februari 2010,sambutan penduduk di sekitar amat mengalakkan.

Selain memberikan perkhidmatan secara setempat,Kenanga It juga membuat servis dari rumah ke rumah dan juga pejabat-pejabat kilang-kilang berdekatan.Usaha ini di lakukan kerana sebilangan pengguna inginkan servis yang berkualiti dilakukan di rumah mereka atau pun di pejabat secara "on call" atau berkala.

Kami boleh dihubungi secara terus dan membuat temujanji terlebih dahulu sekiranya kedai ditutup kerana mempunyai perkerjaan diluar.Waktu perniagaan secara umumnya dibuka seawal pukul 9.30am sehingga ke pukul 10.00 malam setiap hari.

Selain itu perkhidmatan pemasangan "networking" ,wi-fi dan broadband juga ada dilakukan oleh pihak kami dengan harga yang berpatutan.Bergantung dengan jarak pemasangan dan peralatan yang perlu, pemasangan untuk networking hanya memakan masa 1 ke 2 hari sahaja.

Sila hubungi kami untuk berurusan,anda akan dilayan dengan penuh berhemah dan mesra.Insaaallah majukan perniagaan kaum muslimin akan mendapat berkat dan berakah bersama-sama.J

Jazakallah Khiran,Terima Kasih

Sabli bin Hj Hassan 
( Pengurus)
017-296 2607/ 013-484 3124