Wednesday, August 3, 2011

Cara Membuang Virus Koobface "hi. how are you".

Cara Membuang Virus Koobface "hi. how are you".

Hye r.e.a.d.e.r.s,

Korang pernah tak dapat sapaan 'hi. how are you?' masa korang bukak chat di facebook. Sejak kebelakangan nih ramai kawan2 aku bising dengan gangguan tu. Siap ada yang maki2 si penghantar. Sedangkan sebenarnya itu adalah virus Koobface yang sedang menyerang pangkalan data Facebook.

Sample Chat :

“hi. how are you?”
*If you reply , it will sent you :*
“Wanna laugh? :) ”
*If you reply again , it will sent you :*
“It is you on the video ?)) want to see?)”
*If you reply again , it will sent you the virus link*

Mungkin ada antara kita yang telah klik pada pautan virus tersebut kan. Jadi, aku nak share dekat korang petikan maklumat tentang virusKoobface ini. Sila ambil perhatian.

sumber artikel : GaySec.Net.

#Title: Koobface, virus yang pandai dan aktif sedang berjalan di laman sosial.
#Date: 22 Julai 2011


assalamualaikum dan selamat sejahtera daripada kami,

Selang beberapa minggu ini, kami mendapati banyak berita dan sesiapa sahaja yang berada di laman sesawang seperti facebook, myspace, hi5, bebo, friendster dan twitter telah dijangkiti oleh satu virus yang diberi nama "Koobface".

Mengikut wikipedia: http://en.wikipedia.org/wiki/Koobface

Koobface adalah salah satu ulat/cecacing komputer yang menjadikan laman social sesawang seperti facebook, myspace, hi5, bebo, friendster dan twitter sebagai sumber utama untuk merebak dan berfungsi.

Koobface
 telah dibina dan dicipta untuk operasi sistem seperti"Microsoft Windows" dan juga "Mac OS X", tetapi juga berfungsi pada operasi sistem "linux(terhad)".


Koobface melakukan pelbagai cara untuk merebak dan setelah sesebuah "komputer" atau "laptop" seseorang itu di tanam dan disuntikkan virus Koobface, ianya akan mula mendapatkan informasiseperti FTP(file transfer protocol), facebook dan beberapa lagi laman sosial yang lain seperti myspace dan friendster di sesebuah komputer atau laptop yang telah terkena dan tertanam virus Koobface itu, tetapi ianya tidak akan mengambil informasi yang sensitif seperti akaun kewangan.

Koobface merebak dengan cara menghantar mesej kepada sesiapa sahaja kawan kepada "penyerang" yang telah dikompromi oleh virus koobface tersebut. Apabila seseorang itu membalas dan virus koobface secara automatik akan menghantar satu pautan yang palsusama seperti laman facebook atau youtube.

Dan akan terpapar salah satu pautan atau mesej yang mengatakan untuk memuat turun "adobe flash player" di atas sebab "adobe flash player" itu berada pada versi yang lama, dan tidak dapat membuka "video" ataupun pautan itu sekiranya seseorang tidak melakukan kemaskini pada versi "adobe flash player" sekarang. Tetapi, pautan itulah yang akan menyebabkan sesebuah komputer itu akan dikompromikan oleh virus koobface itu.

Baiklah, sekarang korang boleh klik pada link di bawah untuk membuang virus koobface "hi. how are you" pada sesebuah komputer yang telah dikompromikan oleh virus "koobface" itu.

Guide to remove Koobface Virus, klik here :http://plus.evozi.com/guide-remove-facebook-virus-hi-how-are-you/.


Then, korang ikut guide itu ye. Ada 2 method bergantung kepada situasi komputer korang. Aku ingatkan nak copy dan taruk kat sini, tapi banyak plak step dia. Takut plak salah step nanti akan datangkan masalah kat korang. After this jangan cepat klik pautan bukan2 ok.

Pastikan jugak korang guna https:// which stand for security untuk elakkan akaun korang kena hack dan maklumat peribadi dicuri. Korang tahu kan camne nak tukar http:// kepada https://..?? 
sumber*

No comments:

Post a Comment