Showing posts with label Teknologi. Show all posts
Showing posts with label Teknologi. Show all posts

Tuesday, June 21, 2011

Sony perkenal Playstation Vita

Sony perkenal Playstation Vita


LOS ANGELES 7 Jun - Sony semalam memperkenalkan generasi baru alat permainan mudah alih 'PlayStation Vita' serta judul-judul konsol 'blockbuster' 3D dalam usaha untuk memulihkan imejnya selepas diaibkan oleh serangan siber ke atas sistem permainan komputernya.
Gergasi hiburan Jepun itu menukar arena sukan Los Angeles menjadi sebuah medan muzik dan permainan video, dengan fokus kepada permainan komputer dan perkakasan baru menjelang pembukaan Ekspo Hiburan Elektronik (E3), hari ini.
"Ini bukan kali pertama saya tampil di pentas E3 dengan dibayangi oleh isu besar," kata ketua eksekutif Sony Computer Entertainment of America, Jack Tretton kepada 6,000 orang yang memenuhi arena tersebut.
Beliau memohon maaf kepada mereka yang menggunakan PlayStation Network (PSN) untuk dihubungkan dengan permainan, filem dan muzik dalam talian menerusi konsol permainan PlayStation 3 (PS3).
PSN ditutup selepas penggodam menceroboh rangkaian itu dan mencuri data pengguna.
Sony membawa kembali sistem itu ke dalam talian secara beransur-ansur dalam tempoh beberapa minggu sebelum E3 selepas mengukuhkan sistem pertahanannya.
Tretton mengucapkan terima kasih kepada peminat PS3 kerana kesetiaan mereka, sambil berkata, tahap lalu lintas dalam talian di PSN sudah pun melebihi 90 peratus daripada tahap sebelum gangguan manakala jualan konsol melonjak minggu lepas.
Selepas selesai memohon maaf, para eksekutif Sony segera mengalihkan fokus hadirin kepada barisan permainan video baru dengan judul 3D sensasi seperti siri francais Drake's Fortune: Uncharted yang dijadual dilancarkan pada November ini.
"Komitmen kami terhadap 3D tidak berbelah bahagi," jelas Tretton, dengan menambah, Sony tidak lama lagi akan mempunyai lebih 100 judul dalam format itu termasuk judul God of Wardalam edisi koleksi. - AFP

MP3 dalam air

Pemain muzik dalam air


SELAIN menyokong muzik MP3, Dolphine Touch juga membolehkan pengguna mendengar siaran radio.


MENYELAM sambil minum air - mungkin pepatah biasa yang sering kita dengar apabila merujuk kepada seseorang yang melakukan dua perkara dalam satu masa tetapi istilah 'menyelam sambil mendengar muzik,' mungkin perkara baru.

Sebenarnya memang sukar untuk mendengar muzik ketika sedang menyelam kerana bunyi sukar menembusi air dan pemain muzik yang terdapat di pasaran pula tidak kalis air untuk direndam.

Bagi orang kaya seperti Bill Gates, tentu beliau dan lain-lain jutawan mampu membina kolam renang yang boleh memainkan muzik tetapi bagaimana pula dengan orang biasa?

Bagaimanapun, perkembangan teknologi kalis air terhadap pemain muzik kini membolehkan anda membawa pemain MP3 untuk beriadah di tepi pantai atau kolam renang, termasuk ketika anda menyelam ke dalam air. Menarik bukan?

Antara pemain MP3 kalis air ialah FINIS SwiMP3 yang mana pemain muziknya akan disambungkan kepada kepada gogal (cermin mata menyelam) dan kemudian ia boleh digunakan untuk menyelam sehingga kedalaman tiga meter.

Bagaimanapun, apa yang menarik dan mungkin juga pelik, pemain muzik ini tidak menggunakan fon telinga tetapi bunyinya dipindahkan ke bahagian dalam telinga melalui tulang pipi yang dikenali sebagai konsep pemindahan audio melalui 'pengaliran tulang' (Bone Conduction).

SwiMP3 juga seperti pemain-pemain muzik MP3 biasa yang boleh memainkan muzik, menghentikan, shuffle dan sebagainya. Ia mempunyai ruang storan 1 Gigababit (GB) untuk membolehkan anda meletakkan dengan anggaran 240 lagu atau muzik selama 16 jam.

Produk hebat ini dijual dengan harga RM450 dan ia boleh ditempah melalui laman web pengeluarnya, FINIS yang berpangkalan di California, Amerika Syarikat di alamat http://www.finisinc.com/.

Selain menyelam, sudah tentu pemain MP3 ini juga sesuai untuk digunakan untuk aktiviti riadah air yang lain seperti berenang, meluncur air, berkayak dan sebagainya.

Sementara itu, Speedo, syarikat pengeluar baju sukan renang paling popular di dunia juga mempunyai produk pemain MP3 kalis air untuk mereka yang suka menjalankan aktiviti sukan air sambil mendengar muzik.

Produk dikenali sebagai Aquabeat itu dikeluarkan oleh Iriver dengan mempunyai storan 1GB, memainkan muzik sembilan jam untuk sekali caj, mempunyai tiga warna dan berat 35 gram.

Pemain MP3 ini dan fon telinganya boleh dibawa menyelam sehingga tiga meter dan ia boleh terapung di dalam air untuk memudahkan anda mencari jika terjatuh.

Produk ini dijual dengan harga RM464 dan maklumat lanjut mengenainya boleh diperoleh di laman web www.speedoaquabeat.com/.

Sebuah lagi produk pemain muzik yang dikhususkan untuk peminat sukan air ialah pemain MP3 NU Dolphin Lite yang mempunyai fon kepala wayarles dan gajet ini mempunyai ruang storan sehingga 2GB.

Ruang storan sebanyak itu membolehkan Dolphin Lite memainkan muzik selama 20 jam dan menggunakan teknologi Quick Power Charge yang membolehkan bateri dicaj dalam masa singkat. Bagi caj selama lima minit, pengguna boleh memainkan muzik sehingga 120 minit.

Produt seberat 20 gram dengan reka bentuk unik ini bersaiz 65 milimeter (mm) panjang, 20 mm lebar dan 12 mm tinggi.

NU juga telah melancarkan pemain MP3 generasi terbarunya, Dolphin Touch yang mempunyai memori sehingga 4GB, menyokong radio FM di bawah air ((87.5~108MHz)) dan dibantu sistem bunyi 3D Surround Sound Processing.

Pemain MP3 yang menggunakan pad sesentuh itu memudahkan pengguna untuk memilih lagu, mengubahsuai kekuatan bunyi, memilih bahasa dan juga menukar gaya melodi.

Maklumat lanjut mengenai produk yang dijual dengan harga RM510 ini boleh diperoleh di laman web www.nu-global.com.

Bagi merancakkan lagi penawaran produk pemain muzik kalis air ini, seorang pereka Joe Tan telah mereka pemain MP3 Wav yang menarik untuk digunakan oleh mereka yang suka berenang sambil mendengar muzik.

Pemain MP3 ini dilengkapi dengan lilitan lengan yang membolehkan pengguna memasangkan dengan mudah dan muzik dipindahkan secara wayarles kepada set kepala.

Reka bentuk dan warnanya yang menarik sudah tentu mampu menarik perhatian peminat sukan air apabila ia dipasarkan kelak.

Bagi pengguna gajet sedia ada seperti iPod, iPhone dan sebagainya, mereka sebenarnya boleh juga membawa pemain muzik itu ketika melakukan aktiviti di dalam air dengan membeli bekas kedap air seperti H2O Audio iDive 300.

Sememangnya, pemain-pemain muzik tahan air ini sesuai digunakan untuk sebarang aktiviti kerana ia tahan lasak.

sumber*

Teknologi Tanpa Wayar - WiFi

Teknologi Tanpa Wayar - WiFiPDFCetakEmel
Ditulis Oleh rohani
TUESDAY, 10 MARCH 2009

Teknologi wayarles pengkomputeran seperti WiFi (Wireless Fidelity) mendapat perhatian.Misalnya, walaupun telah mempunyai lesen 3G, syarikat-syarikat telekomunikasi seperti Maxis dan Celcom juga telah menunjukkan minat yang tinggi dengan teknologi WiFi dengan satu demi satu memperkenalkan perkhidmatan hotspot di seluruh negara.

Teknologi WiFi atau WLAN menggunakan standard 802.11b mempunyai kelajuan transaksi 11 Mbps dengan liputan sehingga 90 meter. Manakala, WLAN berasaskan 802.11a mempunyai kelajuan 54Mbps tetapi liputan lebih dekat berbanding 802.11b.

Teknologi WLAN terkini yang sedang memasuki pasaran negara ialah produk berasaskan 802.11g (menggabungkan kedua-dua fungsi 802.11b dan 802.11a). Kepentingan dan populariti WiFi tidak dapat dinafikan. Menurut IDC, terdapat kira-kira 480 hotspot (pusat akses WiFi untuk orang ramai) pada 2006 dan terus meningkat di seluruh negara.

New Teknologi,New Idea and new cretivity


Selama ini saya buntu memikirkan bagaimana mahu membuatkan perniagaan ini berdaya maju dan berdaya saing.Kelajuan teknologi yang saban hari membuat pembaharuan dan teknologi yang kian canggih membuatkan rata-rata orang biasa tidak mampu mengikutinya.Mereka merasakan teknologi Wifi dan Bluetooth ini ada yang terbaru dan masih lagi terkial-kial memahami dan mencuba menggunakannya.

Oleh kerana saya sendiri kekurangan ilmu dalam bidang ini,WiFi dan bluetooth maka saya akan wujudkan satu kolum khas utk kita sama-sama mendalami ilmu ini hanya untuk pengetahuan dan tahu menggunakannya untuk manafaat bersama..

Wassallam