Saturday, October 13, 2012
Modem Hang, Connection Lost, Connection Slow
Beberapa hari yang lepas, masalah ini terjadi kepada saya dimana selepas saya setup lappy saya untuk membuat kerja internet menggunakan kelajuan penuh. Kelajuan internet yang saya dapat memang laju kerana saya subscribe Pakej BlockBuster Deals 4MBps.
Tetapi masalahnya secara tiba – tiba connection menjadi terlalu perlahan dan juga terus tiada data yang boleh saya download. Selepas beberapa troubleshooting saya lakukan, namun ianya tidak dapat menyelesaikan masalah.
Apabila saya lihat pada Modem TM Innacomm W3400V saya, lapu LED untuk DATA tidak menyala. Ini menunjukkan tiada DATA yang dihantar atau diterima. Jadi saya sudah tahu puncanya adalah Modem Innacomm W3400V sudah jem atau hang.
Jika anda mengalami masalah yang sama seperti saya, disini saya kongsikan cara saya menyelesaikan masalah Modem TM Hang atau lost connection.
Cara Pertama : Anda matikan sahaja Modem anda untuk beberapa minit (2 minit sudah mencukupi) dan hidupkan semula.
Cara ini dapat menyelesaikan masalah modem hang atau lost connection. Jika anda menggunakan modem jenis lain, caranya sama juga, hanya perlu matikan dan biarkan beberapa minit sebelum menghidupkannya semula.
Cara kedua : Cara alternatif selain mematikan modem adalah dengan REBOOT modem secara internal. Bermaksud anda login setting modem anda dan lakukan proses REBOOT.
Jika anda menggunakan Modem Innacomm W3400V, anda boleh lihat tutorial “Cara Reboot Modem Innacomm W3400V TM“.
Itu sahaja untuk kali ini, semoga ianya bermanfaat kepada semua.
Anda tidak dapat melayari website yang menggunakan HTTPS atau SSL?
Wednesday, August 3, 2011
Cara Membuang Virus Koobface "hi. how are you".
Cara Membuang Virus Koobface "hi. how are you".
Korang pernah tak dapat sapaan 'hi. how are you?' masa korang bukak chat di facebook. Sejak kebelakangan nih ramai kawan2 aku bising dengan gangguan tu. Siap ada yang maki2 si penghantar. Sedangkan sebenarnya itu adalah virus Koobface yang sedang menyerang pangkalan data Facebook.
Sample Chat :
“hi. how are you?”
*If you reply , it will sent you :*
“Wanna laugh? :) ”
*If you reply again , it will sent you :*
“It is you on the video ?)) want to see?)”
*If you reply again , it will sent you the virus link*
Mungkin ada antara kita yang telah klik pada pautan virus tersebut kan. Jadi, aku nak share dekat korang petikan maklumat tentang virusKoobface ini. Sila ambil perhatian.
sumber artikel : GaySec.Net.
#Title: Koobface, virus yang pandai dan aktif sedang berjalan di laman sosial.
#Date: 22 Julai 2011
assalamualaikum dan selamat sejahtera daripada kami,
Selang beberapa minggu ini, kami mendapati banyak berita dan sesiapa sahaja yang berada di laman sesawang seperti facebook, myspace, hi5, bebo, friendster dan twitter telah dijangkiti oleh satu virus yang diberi nama "Koobface".
Mengikut wikipedia: http://en.wikipedia.org/wiki/Koobface
Koobface adalah salah satu ulat/cecacing komputer yang menjadikan laman social sesawang seperti facebook, myspace, hi5, bebo, friendster dan twitter sebagai sumber utama untuk merebak dan berfungsi.
Koobface telah dibina dan dicipta untuk operasi sistem seperti"Microsoft Windows" dan juga "Mac OS X", tetapi juga berfungsi pada operasi sistem "linux(terhad)".
Koobface melakukan pelbagai cara untuk merebak dan setelah sesebuah "komputer" atau "laptop" seseorang itu di tanam dan disuntikkan virus Koobface, ianya akan mula mendapatkan informasiseperti FTP(file transfer protocol), facebook dan beberapa lagi laman sosial yang lain seperti myspace dan friendster di sesebuah komputer atau laptop yang telah terkena dan tertanam virus Koobface itu, tetapi ianya tidak akan mengambil informasi yang sensitif seperti akaun kewangan.
Koobface merebak dengan cara menghantar mesej kepada sesiapa sahaja kawan kepada "penyerang" yang telah dikompromi oleh virus koobface tersebut. Apabila seseorang itu membalas dan virus koobface secara automatik akan menghantar satu pautan yang palsusama seperti laman facebook atau youtube.
Dan akan terpapar salah satu pautan atau mesej yang mengatakan untuk memuat turun "adobe flash player" di atas sebab "adobe flash player" itu berada pada versi yang lama, dan tidak dapat membuka "video" ataupun pautan itu sekiranya seseorang tidak melakukan kemaskini pada versi "adobe flash player" sekarang. Tetapi, pautan itulah yang akan menyebabkan sesebuah komputer itu akan dikompromikan oleh virus koobface itu.
Baiklah, sekarang korang boleh klik pada link di bawah untuk membuang virus koobface "hi. how are you" pada sesebuah komputer yang telah dikompromikan oleh virus "koobface" itu.
Guide to remove Koobface Virus, klik here :http://plus.evozi.com/guide-remove-facebook-virus-hi-how-are-you/.
Then, korang ikut guide itu ye. Ada 2 method bergantung kepada situasi komputer korang. Aku ingatkan nak copy dan taruk kat sini, tapi banyak plak step dia. Takut plak salah step nanti akan datangkan masalah kat korang. After this jangan cepat klik pautan bukan2 ok.
Pastikan jugak korang guna https:// which stand for security untuk elakkan akaun korang kena hack dan maklumat peribadi dicuri. Korang tahu kan camne nak tukar http:// kepada https://..??
Tuesday, June 21, 2011
Sony perkenal Playstation Vita
Sony perkenal Playstation Vita
MP3 dalam air
Pemain muzik dalam air
ridzwan.iman@utusangroup.com.my
MENYELAM sambil minum air - mungkin pepatah biasa yang sering kita dengar apabila merujuk kepada seseorang yang melakukan dua perkara dalam satu masa tetapi istilah 'menyelam sambil mendengar muzik,' mungkin perkara baru.
Sebenarnya memang sukar untuk mendengar muzik ketika sedang menyelam kerana bunyi sukar menembusi air dan pemain muzik yang terdapat di pasaran pula tidak kalis air untuk direndam.
Bagi orang kaya seperti Bill Gates, tentu beliau dan lain-lain jutawan mampu membina kolam renang yang boleh memainkan muzik tetapi bagaimana pula dengan orang biasa?
Bagaimanapun, perkembangan teknologi kalis air terhadap pemain muzik kini membolehkan anda membawa pemain MP3 untuk beriadah di tepi pantai atau kolam renang, termasuk ketika anda menyelam ke dalam air. Menarik bukan?
Antara pemain MP3 kalis air ialah FINIS SwiMP3 yang mana pemain muziknya akan disambungkan kepada kepada gogal (cermin mata menyelam) dan kemudian ia boleh digunakan untuk menyelam sehingga kedalaman tiga meter.
Bagaimanapun, apa yang menarik dan mungkin juga pelik, pemain muzik ini tidak menggunakan fon telinga tetapi bunyinya dipindahkan ke bahagian dalam telinga melalui tulang pipi yang dikenali sebagai konsep pemindahan audio melalui 'pengaliran tulang' (Bone Conduction).
SwiMP3 juga seperti pemain-pemain muzik MP3 biasa yang boleh memainkan muzik, menghentikan, shuffle dan sebagainya. Ia mempunyai ruang storan 1 Gigababit (GB) untuk membolehkan anda meletakkan dengan anggaran 240 lagu atau muzik selama 16 jam.
Produk hebat ini dijual dengan harga RM450 dan ia boleh ditempah melalui laman web pengeluarnya, FINIS yang berpangkalan di California, Amerika Syarikat di alamat http://www.finisinc.com/.
Selain menyelam, sudah tentu pemain MP3 ini juga sesuai untuk digunakan untuk aktiviti riadah air yang lain seperti berenang, meluncur air, berkayak dan sebagainya.
Sementara itu, Speedo, syarikat pengeluar baju sukan renang paling popular di dunia juga mempunyai produk pemain MP3 kalis air untuk mereka yang suka menjalankan aktiviti sukan air sambil mendengar muzik.
Produk dikenali sebagai Aquabeat itu dikeluarkan oleh Iriver dengan mempunyai storan 1GB, memainkan muzik sembilan jam untuk sekali caj, mempunyai tiga warna dan berat 35 gram.
Pemain MP3 ini dan fon telinganya boleh dibawa menyelam sehingga tiga meter dan ia boleh terapung di dalam air untuk memudahkan anda mencari jika terjatuh.
Produk ini dijual dengan harga RM464 dan maklumat lanjut mengenainya boleh diperoleh di laman web www.speedoaquabeat.com/.
Sebuah lagi produk pemain muzik yang dikhususkan untuk peminat sukan air ialah pemain MP3 NU Dolphin Lite yang mempunyai fon kepala wayarles dan gajet ini mempunyai ruang storan sehingga 2GB.
Ruang storan sebanyak itu membolehkan Dolphin Lite memainkan muzik selama 20 jam dan menggunakan teknologi Quick Power Charge yang membolehkan bateri dicaj dalam masa singkat. Bagi caj selama lima minit, pengguna boleh memainkan muzik sehingga 120 minit.
Produt seberat 20 gram dengan reka bentuk unik ini bersaiz 65 milimeter (mm) panjang, 20 mm lebar dan 12 mm tinggi.
NU juga telah melancarkan pemain MP3 generasi terbarunya, Dolphin Touch yang mempunyai memori sehingga 4GB, menyokong radio FM di bawah air ((87.5~108MHz)) dan dibantu sistem bunyi 3D Surround Sound Processing.
Pemain MP3 yang menggunakan pad sesentuh itu memudahkan pengguna untuk memilih lagu, mengubahsuai kekuatan bunyi, memilih bahasa dan juga menukar gaya melodi.
Maklumat lanjut mengenai produk yang dijual dengan harga RM510 ini boleh diperoleh di laman web www.nu-global.com.
Bagi merancakkan lagi penawaran produk pemain muzik kalis air ini, seorang pereka Joe Tan telah mereka pemain MP3 Wav yang menarik untuk digunakan oleh mereka yang suka berenang sambil mendengar muzik.
Pemain MP3 ini dilengkapi dengan lilitan lengan yang membolehkan pengguna memasangkan dengan mudah dan muzik dipindahkan secara wayarles kepada set kepala.
Reka bentuk dan warnanya yang menarik sudah tentu mampu menarik perhatian peminat sukan air apabila ia dipasarkan kelak.
Bagi pengguna gajet sedia ada seperti iPod, iPhone dan sebagainya, mereka sebenarnya boleh juga membawa pemain muzik itu ketika melakukan aktiviti di dalam air dengan membeli bekas kedap air seperti H2O Audio iDive 300.
Sememangnya, pemain-pemain muzik tahan air ini sesuai digunakan untuk sebarang aktiviti kerana ia tahan lasak.
Hobi kumpul Virus jadi jutawan
Apakah minat anda dan hobi anda?Adakah hobi anda boleh menjadikan anda jutawan?Tidak mustahil anda boleh menjadi jutawan dengan menjadikan minat anda satu kerjaya dengan hanya mengeksploytasikan kebijaksanaan anda dengan kreatif serta minat yang mendalam.Eugene Kaspersky adalah salah satu contohnya..Baca kisah beliau selanjutnya dibawah...
Kaspersky kumpul virus sebagai hobi
MENCEBURKAN diri dalam perniagaan berlaku secara tidak sengaja apabila Eugene Kaspersky, 42, hanya bermula dengan mengumpul virus sebagai hobi pada 1989.
Beliau melakukannya selepas komputer peribadinya di Kementerian Pertahanan Rusia diserang virus Cascade.
Pada 1991, beliau mula menulis mengenai program untuk mengesan dan menyahjangkitan virus berkenaan.
Setelah program beliau berjaya, Kaspersky mengasaskan Kaspersky Lab pada 1997 yang menekankan mengenai virus komputer.
Dilahirkan pada 4 Oktober 1965 di Novorossiysk, Rusia, beliau melanjutkan pelajaran di Institut Kriptologi, Telekomunikasi dan Sains Komputer yang dibiayai bersama oleh Kementerian Pertahanan Rusia dan KGB.
Kaspersky Lab dibangunkan pada 1997 dengan kerjasama Natalya (ketika itu isterinya) selepas bertelagah dengan rakan kongsi Amerika Syarikat (AS) yang tidak membolehkan mereka menggunakan nama produk yang ada - AVP.
Pada November 2000, beliau menamakan produknya sempena namanya sendiri - Kaspersky Anti-Virus.
Syarikat yang dibina atas dasar perkahwinan itu kini mempunyai kira-kira 800 kakitangan dan produknya digunakan oleh lebih 250 juta pengguna seluruh dunia.
Masih hak milik penuh persendirian, Kaspersky Lab tidak perlu melaporkan hasil kewangan, sama ada mengalami kerugian atau keuntungan.
Bagaimanapun, pulangan balik pada 2007 adalah US$200 juta (RM640 juta) dan jika ia berterusan ia bakal menjangkau angka RM1 bilion dalam masa kurang lima tahun dan bakal menjadi pembekal perisian keselamatan kedua terbesar dunia.
Dramatik
Menurut Kaspersky, dunia virus telah berubah secara dramatik dan kini telah sampai ke era Malware III.
Peringkat pertama, ketika beliau memulakan syarikat, virus didominasikan oleh jangkitan fail dan virus yang dibangunkan oleh remaja yang biasanya dijangkiti menerusi cakera liut.
Peringkat kedua antara tahun 2000 hingga 2004, ia adalah era di mana cecacing Internet seperti I Love You dan Melissa dihantar sebagai lampiran e-mel.
“Kita sekarang berada dalam dunia jenayah siber di mana penjenayah membangunkan Malware untuk menipu.
“Kebanyakan kos yang dijangkiti disebarkan menerusi laman web yang berniat jahat dan bagi membawa pengguna ke sana, mereka menggunakan kejuruteraan sosial seperti spam, e-mel, phishing, blog, forum, laman Web 2.0 dan komuniti sosial lain,” kata Kaspersky semasa ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Kedatangan Kaspersky adalah dalam program Persidangan Kemuncak Keselamatan Siber Dunia (WCSS) yang pertama yang dianjurkan oleh Kerjasama Multilateral Menentang Pengganas Siber (IMPACT), baru-baru ini.
Menurutnya, trojan dan bots yang mencirikan Malware III lebih canggih dan pintar menyembunyikan diri.
“Malware III pintar bersembunyi, sukar untuk mencari dan membuangkannya daripada sistem kerana mereka tahu tempat bersembunyi,” katanya.
Ia merupakan cabaran yang lebih besar bagi syarikat keselamatan berbanding membuang virus dikenali. Pembekal teknologi keselamatan juga perlu menambah teknologi proaktif yang mengenalpasti kelakuan Malware dalam semua jenis program.
“Ini bukan tugas yang mudah,” tegas Kaspersky.
Beliau teringat - spyware - satu program tersembunyi yang apabila anda disambungkan kepada rangkaian, ia akan berinteraksi secara rahsia dengan komputer pelayan yang tidak diketahui.
“Tentu saja, kita perlu menghapuskannya tetapi bukan semudah itu apabila program berkenaan dijual sebagai sistem antikecurian kepada pengguna komputer riba.
“Inilah yang dikatakan ‘zon kelabu’ di mana syarikat bertelagah jika sistem yang digunakan sah atau tidak.
“Masalahnya sekarang penulis Malware sentiasa berusaha menghasilkan sesuatu yang tidak seperti Malware,” katanya.
Ditanya adakah pihaknya berjaya mengatasi masalah berkenaan.
Kaspersky berkata, memang kalah sudah menjadi adat dalam perniagaan.
“Penjenayah siber telah mengubah taktik mereka. Jika dulu kami ‘mengekori’ mereka dengan cuba merungkaikan masalah yang diwujudkan.
“Kini mereka ‘mengintai’ kami untuk meninjau kelemahan kubu kami. Ini boleh disifatkan sebagai seimbang,” katanya.
Kepakaran
Sebuah syarikat besar memerlukan kos dan kepakaran yang tinggi dalam menyediakan perkhidmatan keselamatan desktop yang sama seperti Kaspersky Lab.
Beliau menambah, keselamatan maklumat merupakan bidang yang menguntungkan tetapi syarikat terlalu besar tidak boleh memberikan sepenuh perhatian seperti dirinya.
“Kami juga perlu bersaing dengan syarikat keselamatan maklumat yang besar yang menjual langganan dengan memasukkannya ke dalam komputer yang baru.
“Kami telah melepasi tahap di mana kami tidak dikenali kepada sebuah syarikat bertaraf antarabangsa,” katanya.
Kaspersky Lab mempunyai kelebihan di tempat seperti China dan Brazil di mana pasarannya masih luas.
Dalam jangka panjang Kaspersky Lab akan memasuki bursa awam terutamanya ke salah satu pasaran saham di pasaran Eropah.
Semangat patriotik yang tumbuh segar dalam dirinya tidak akan membawa Kasperskry memindahkan perniagaannya ke luar negara seperti Oxford, UK.
Sebelum ini pada 1990an, Kaspersky pernah berura-ura bekerja dengan Dr. Alan Solomon, bapa perisian anti-virus British bagaimana tidak menjadi.
USB Protection
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua peminat komputer dan internet.
Masih ingat dengan disket tak ? Dahulu disket menjadi storan portable paling top.Selain menjadi storan portable paling top , disket juga menjadi penyebar virus .Sekarang disket sudah tidak digunakan lagi kerana diganti dengan pendrive / thumdrive.Namun satu perangai disket yang diturunkan kepada generasi pendrive / thumdrive adalah menjadi penyebar virus juga.
Baru-baru ini saya menemui satu software portable yang mungkin berguna untuk anda.Software ini amat berguna pada pendrive / thumdrive yang tidak mempunyai Write Protector.Software ini berfungsi sebagai penghalang virus atau file untuk menyalinkan dirinya ke pendrive.Software yang saya maksudkan adalah USB WriteProtector.Software ini boleh di download dan diguna secara percuma (Download USB WriteProtector ).
Cara untuk menggunakannya USB WriteProtector:
- Extract file yang di download tadi ke pendrive / thumdrive.
- Klik pada “UsbWriteProtect.exe” . Akan keluar skrin seperti dibawah :.
- Tip pada USB write protection ON – untuk halang sebarang virus / file disalin ke pendrive anda.
- Tip pada USB protection OFF – untuk membenarkan sebarang virus / file disalin ke pendrive anda.
p/s : Setiap kali anda menukar fungsi “ON” . “OFF” . pastikan anda remove pendrive untuk mengaktfikan menu tersebut dan masukkan semula pendrive untuk lihat hasilnya.Untuk memastikan samada setting anda berjaya atau tidak cuba “ON” dan remove pendrive anda.Selepas itu masukkan semula pendrive anda dan cuba create folder dalam pendrive tersebut.Jika tidak berjaya create folder bermakna setting anda berjaya.